Garam bukan sahaja diperlukan untuk masakan malah ia amat diperlukan oleh Tubuh, hinggakan Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W. pernah bersabda dan menyarankan agar memakan garam sedikit sebelum dan selepas makan.
Nilai garam dahulu setanding dengan harga emas, tetapi hari ini nilainya hanya sekadar bahan perasa dan juga pengawet sahaja.
Tubuh amat memerlukan mineral semulajadi yang ada pada garam tetapi hari ini kimia yang ada pada garam tiruan menyebabkan fungsi sebenar garam tidak berlaku dan mengakibatkan berbagai penyakit seperti Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Sakit Sendi dan bermacam-macam lagi faktor kekurangan garam dan mineral yang betul dalam tubuh. Jika binatang pun mencari garam dihutan, kita disajikan dengan bahan putih yang f ungsinya hanya sekadar untuk masin sahaja.
No comments:
Post a Comment